PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia memulakan kempen saingan Jelajah Dunia Akhir BWF dengan langkah kanan setelah menewaskan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand pada aksi pembukaan Kumpulan B di Bali, Indonesia pada Rabu.
Walaupun ketinggalan 6-9 pada peringkat awal permainan, Zii Jia yang juga pemain nombor lapan dunia itu kembali mengejar untuk mendahului satu mata sebelum berehat dan meneruskan rentak untuk menang set pertama 21-15.