MDEC lantik Md Alwi sebagai pengerusi baharu
Iklan
KUALA LUMPUR - Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia mengumumkan pelantikan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad sebagai Pengerusi baharu berkuatkuasa 1 Disember 2021 bagi tempoh dua tahun.
MDEC berkata, Md Alwi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Kelantan, sebelum ini telah memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan, termasuk pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada menteri Belia dan Sukan dari 1990 hingga 1992 dan menteri Pembangunan Luar Bandar dari 1993 hingga 1999 1999, sebelum menjadi setiausaha politik kepada Perdana Menteri dari 2007 hingga 2009.