Hotel SCAPES tawar promosi menarik

Iklan
Kolam renang yang terdapat di Hotel SCAPES.

PEMAJU hartanah terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengumumkan hotel miliknya, Hotel SCAPES yang terletak di Genting Highlands mula beroperasi semula bermula 1 November lalu dan menawarkan pelbagai promosi menarik kepada tetamunya.

LBS dalam satu kenyataan berkata, sebagai menghargai pelanggan hotel tersebut, Hotel SCAPES mengadakan beberapa promosi menarik bermula 1 Disember hingga 1 Januari 2021 antaranya makan malam bbq sempena kedatangan Hari Krismas.

Iklan
Iklan

"Promosi istimewa lain yang ditawarkan ialah pakej bilik bermula RM210 pada hari biasa, manakala bermula daripada RM250 pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pakej bilik yang disediakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad termasuk sarapan pula bermula RM338.

"Hotel SCAPES turut menawarkan promosi ‘dine-in’ istimewa kepada tetamu antaranya untuk Hi Tea @ Lemon 3, makan malam bufet @ Lemon 3 dan makan malam bbq mini @Poolside dan malam malam bbq @Poolside tertakluk kepada tarikh yang telah disediakan,” jelas kenyataan itu pada Selasa.

Iklan