96.9 peratus populasi dewasa lengkap divaksin
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebanyak 96.9 peratus atau 22,689,471 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 98.3 peratus atau 23,028,508 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.