Gabungan PKR dan Amanah wajar dipertimbang - Najwan Halimi
Iklan
Foto Astro Awani
KUALA LUMPUR - Cadangan untuk menggabungkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) sewajarnya mendapat pertimbangan kedua-dua pimpinan parti politik berkenaan.
Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, ini kerana kedua-dua parti berkenaan dilihat mempunyai agenda yang sama termasuk penekanan terhadap kebajikan rakyat.
Iklan
Iklan
"Kedua-dua parti memiliki citra politik yang sama yakni mengangkat agenda Reformasi, mendukung prinsip keadilan sosial serta membela hak dan kebajikan rakyat terbanyak.
"Penggabungan Amanah ke dalam Keadilan pastinya akan membantu melonjak dukungan serta membina keyakinan rakyat khususnya pengundi Melayu terutamanya di luar bandar khususnya dalam usaha memenangi sokongan mereka dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Iklan
Mengulas lanjut, Mohd Najwan berpendapat, langkah itu juga mampu untuk menyelesaikan isu pembahagian kerusi selain meningkatkan keupayaan jentera kedua-dua parti menjelang pilihan raya akan datang.
Selain itu pada pandangannya, cadangan gabungan itu juga secara tidak langsung mampu memperkukuh kepimpinan di dalam PKR yang sebelum ini dilihat retak ekoran berlakunya ‘Langkah Sheraton’ pada tahun lalu.
Iklan
Baru-baru ini, penganalisis politik, Wong Chin Huat telah mencadangkan agar PKR dan Amanah bergabung untuk dijadikan sebagai sebuah parti politik yang membentuk kerjasama. - Awani
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>