Isu LGBT: Rawat dari sudut psikologi, kerohanian
Iklan
Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor
SHAH ALAM - Cara rasional dan terbaik untuk meghadapi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ialah dengan memberi rawatan dari sudut psikologi dan kerohanian.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, rawatan itu penting agar golongan tersebut dapat dikembalikan semula kepada fitrah asal kejadian manusia yang normal.
Iklan
Iklan
"Mereka hendaklah diberi kaunseling yang khusus untuk memulihkan mereka daripada penyakit yang dialami.
"Mereka mesti disedarkan bahawa gaya hidup dan pembawaan mereka tidak akan membahagiakan mereka sendiri, malah akan mengheret mereka ke dalam kemelut kehidupan yang tidak berpenghujung,” katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Kelmarin, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penyokong golongan LGBT yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di ibu negara Jumaat lalu.
Beliau berkata, perarakan dan tuntutan peserta perhimpunan LGBT itu bertentangan dengan polisi kerajaan, bahkan bertentangan dengan Islam sebagai agama Persekutuan.
Iklan
Dalam pada itu, Wan Salim berkata, masyarakat Malaysia yang masih kuat berpegang kepada hukum-hukum agama dan nilai-nilai moral, tidak mungkin merestui amalan atau gaya hidup songsang tersebut.
"Di samping perjuangan golongan LGBT berbeza sama sekali dengan perjuangan wanita. Mereka memperjuangkan hak untuk melakukan penyelewengan daripada lunas-lunas kehidupan manusia normal.
"Justeru tuntutan-tuntutan mereka tidak perlu dilayani. Mereka samalah dengan orang gila yang menuntut hak yang sama dengan orang yang siuman! Jika dilayan kehendak orang gila bererti, kita mendedahkan masyarakat kepada bahaya tindak tanduk mereka yang tidak terkawal,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>