IPD Sentul lupus rokok tidak bercukai bernilai RM48,000

Iklan
Rokok tidak bercukai dilupuskan secara musnah dan tanam.

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul melupuskan 15,284 karton rokok pelbagai jenis yang tidak bercukai bernilai RM48,000 membabitkan kes rampasan pada 2019.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, rokok terbabit dilupuskan pada Selasa, selepas mendapat arahan daripada mahkamah.