Pfizer cipta vaksin baharu Covid-19

Iklan
Pfizer berusaha mencipta vaksin baharu Covid-19 yang akan digunakan jika vaksin pada masa ini yang dikeluarkan syarikat itu tidak berkesan menghalang penularan varian Omicron. - Foto AFP

WASHINGTON - Syarikat ubat-ubatan, Pfizer kini berusaha mencipta vaksin baharu Covid-19 dengan sasaran bagi melindungi para penerimanya daripada dijangkiti varian Omicron yang sebelum ini ditemui oleh para saintis di Afrika Selatan.

Versi baharu itu dihasilkan sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan vaksin keluaran Pfizer didapati tidak berkesan bagi melindungi para penerimanya daripada dijangkiti varian baharu tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla membuat kenyataan itu pada Isnin kepada stesen penyiaran CNBC, Amerika Syarikat (AS).

Beliau juga menyatakan keyakinannya bahawa pil antivirus keluaran Pfizer itu akan digunakan sebagai rawatan untuk jangkitan Covid-19.

Iklan

Pil itu juga menunjukkan kadar kemasukan pesakit ke hospital atau kematian disebabkan oleh Covid-19 berjaya dikurangkan hampir 90 peratus.

Menurut Bourla, Pfizer dan rakannya dari Jerman, BioNTech pernah menghasilan satu vaksin dalam tempoh 95 hari kerana bimbang bahawa formula pembuatan vaksin Covid-19 keluarannya sebelum ini tidak berkesan bagi menentang varian Delta.

Iklan

Namun, katanya, vaksin yang dikeluarkan ketika ini oleh Pfizer terbukti berkesan bagi menentang varian Delta.

Ini menyebabkan vaksin yang dihasilkan selama 95 hari itu tidak digunakan oleh pihaknya, kata Bourla. - Agensi