Lebih 22.7 juta populasi dewasa lengkap divaksinasi
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai 22,665,493 individu atau 96.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat jam 11.59 malam Isnin.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 23,010,447 individu atau 98.3 peratus bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.