Covid-19: Kes baharu di Sarawak kembali dua digit
Iklan
KUCHING - Jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak terus menunjukkan trend penurunan apabila kembali mencatat angka dua digit pada Isnin dengan 98 kes, berbanding 158 kes, Ahad.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, daripada jumlah kes baharu itu, hanya lima kes mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 93 kes lagi adalah individu yang bergejala ringan dan tidak bergejala.