Kor Ming perlu henti berlakon: Saarani
Iklan
Saarani Mohamad
IPOH - Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming perlu berhenti berlakon sebagai pejuang kebangsaan selepas mengundang kemarahan rakyat susulan kenyataannya menggambarkan gabungan UMNO-Pas akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan diperintah Taliban.
Ketua Pembangkang DUN Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, Kor Ming tidak perlu berpura-pura menutup keterlanjuran sendiri memandangkan beliau sememangnya dikenali sebagai orang kerap meniup api permusuhan, malah ucapan-ucapannya yang berbaur perkauman dan kebencian menjadi malar segar di internet.
Iklan
Iklan
Menurutnya, rakyat tidak boleh lupa bagaimana beliau membakar kemarahan rakyat dengan menggambarkan pemberian duit raya ketika sambutan Aidilfitri sebagai pemberian 'dedak'.
"Kor Ming juga pernah dikritik hebat kerana mempersoalkan peruntukan lebih besar kepada masjid berbanding rumah ibadat lain.
Iklan
"Begitu juga ucapan-ucapan ceramahnya sarat dengan maki hamun dan sumpah seranah selain pernah dirakam mencarut dengan kata-kata berbaur lucah terhadap musuh politiknya.
"Buktinya, Kor Ming pernah menghamburkan kata-kata nista terhadap bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan gelaran ‘hitam metalik’ sehingga terpaksa meminta maaf selepas dikecam hebat pelbagai pihak,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Malahan, Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak menegaskan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah menjadi mangsa kebiadaban Kor Ming apabila menyatakan beliau akan ‘pergi’ tidak lama lagi menyertai bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, bermain mahjong di dunia lain.
Justeru, beliau menegaskan agak melucukan apabila Kor Ming mendakwa dirinya menjadi mangsa fitnah, sedangkan kecaman rakyat terhadap beliau adalah berpunca dari keceluparannya sendiri.
"Beliau(Kor Ming) sebenarnya tidak layak bercakap mengenai perpaduan kerana rekod menunjukkan beliau salah seorang ejen perpecahan sering menanam semangat kebencian di samping mengganggu keharmonian antara kaum.
"Ahli Parlimen Teluk Intan itu harus ingat pada zaman internet ini, setiap ucapan dan kata-kata beliau direkodkan dan tidak boleh dipadamkan di alam maya. Internet tidak lupa dan kata nista beliau masih lagi dapat ditonton oleh rakyat,"katanya.
Saaraji berkata, pihaknya tidak hairan sekiranya selepas ini Kor Ming mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan kebencian kerana beliau mungkin percaya bahawa hanya dengan bersikap sedemikian akan membantunya terus hidup dalam pentas politik DAP.
Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.