Tiga kanak-kanak maut di Tanzania selepas makan daging penyu

Iklan
Tiga kanak-kanak maut selepas memakan daging penyu di Pulau Pemba di Zanzibar, Tanzania.- Foto 123rf

DAR ES SALAAM - Tiga kanak-kanak maut selepas memakan daging penyu di Pulau Pemba di Zanzibar, Tanzania, lapor Agensi Berita Xinhua.

Komander polis wilayah Pemba Utara, Juma Sadi berkata, 22 lagi yang lain dimasukkan ke hospital.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang maut itu adalah daripada satu keluarga. Dua daripada mangsa yang dimasukkan ke hospital juga kanak-kanak dan dilaporkan dalam keadaan kritikal,” kata Sadi sambil menambah daging penyu itu disyaki beracun.

Pegawai polis itu berkata, sampel daging penyu itu telah dihantar kepada pihak berkuasa berkaitan untuk dianalisa. - Bernama

Iklan
Iklan