Kenaikan harga barangan asas mungkin sebab musim tengkujuh

Iklan
Noraini (kanan) memberitahu harga sayuran dari tanah tinggi mengalami peningkatan harga sejak kebelakangan ini.

KOTA BHARU - Musim tengkujuh yang bermula sejak awal November lalu menyaksikan berlaku kenaikan harga melibatkan barangan basah di sekitar pasar-pasar utama di negeri ini.

Antara barangan yang sering mendapat perhatian ialah telur ayam, ayam, ikan dan sayur-sayuran yang kini dilihat memang lebih tinggi daripada pasaran biasa.

Iklan
Iklan

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Siti Khatijah Kota Bharu mendapati rata-rata bahan makanan basah ini dijual dengan harga yang tinggi berbanding biasa berdasarkan kepada faktor musim tengkujuh dan bekalan berkurangan.

Seorang peniaga ayam, Sarimah Dollah, 52 memberitahu, dia menjual ayam dengan harga RM17 seekor dan purata sekilogram adalah RM8 hingga RM9.

Iklan
harga telur ayam minggu lalu, namun tinjauan pada minggu ini menunjukkan harga jualan telur ayam hanya berkurang sedikit berbanding minggu sebelum ini.

Peniaga telur, Ahmad Wan lokman, 30 memberitahu, sebelum ini telur dibeli secara borong dengan harga RM12 sepapan, tapi kini RM11, bergantung kepada gred yang dijual.

Iklan

"Kenaikan minggu lalu RM2, namun minggu ini turun kepada RM1. Bekalan ada cuma harga sahaja yang tidak seimbang. Mungkin disebabkan musim tengkujuh dan faktor-faktor lain,” katanya.

Walaupun harga beberapa barangan utama ini menyaksikan peningkatan dari biasa, namun perniagaan mereka tetap perlu diteruskan untuk membantu ekonomi negeri yang sedang pulih.

Seorang pembeli ketika ditemui di pasar berkenaan, Azni Zainal Abidin memberitahu, kenaikan berlaku mungkin disebabkan musim tengkujuh dan juga perkembangan ekonomi semasa.

"Apa yang saya perasan, kenaikan berlaku sejak kerajaan mula membuka aktiviti rentas negeri. Selepas itu masuk pula musim tengkujuh. Itu di Kelantan tetapi di negeri lain mungkin punca dan faktornya tidak sama,” katanya.