Lelaki cedera kereta jatuh gaung
Iklan
TEMERLOH - Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter di simpang Tanjung Batu di sini, pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jalailuddin Abdul Mubin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.01 pagi dan seramai lima anggota serta seorang pegawai dari BBP Bukit Angin dibantu dua anggota dari BBP Temerloh ke lokasi kejadian."Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun terbabas dan terjatuh ke dalam gaung.