PASUKAN bola sepak wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan gelaran juara untuk penampilan sulung mereka pada Kejohanan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Women's Super League 2021 yang dijadualkan bermula hujung bulan ini.
Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Roziah Mohd Janor berkata, walaupun baru sahaja ditubuhkan, namun pasukan tersebut diyakini mampu memberi saingan kepada sembilan lagi pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.