Mayat lelaki ditemui berhampiran Pulau Sayak

Iklan
Anggota bomba mengangkat mayat lelaki berkenaan untuk dihantar ke Hospital Kepala Batas.

KEPALA BATAS - Salah seorang lelaki yang dilaporkan melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan terjun ke laut berhampiran Kompleks Pasar Bisik, Kuala Muda, Penaga di sini ditemukan mati berhampiran Pulau Sayak pada Khamis.

Difahamkan mayat lelaki berusia 37 tahun itu ditemukan oleh sekumpulan nelayan kira-kira jam 9.30 pagi.

Iklan
Iklan

Mayat lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Pangkalan Nelayan, Kuala Muda di sini sebelum dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki berkenaan.

Iklan

"Mangsa telah dijumpai pada pagi tadi (Khamis) kira-kira jam 9.30 di Pulau Sayak," katanya.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan dua lelaki dikhuatiri lemas selepas cuba melarikan diri ketika operasi polis diadakan di Kompleks Pasar Bisik, Kuala Muda, Penaga.

Iklan

Mohd Radzi sebelum ini berkata sewaktu kejadian, anggotanya sedang melakukan rondaan Op Cegah Jenayah dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di lokasi tersebut.

Beberapa lelaki yang berkumpul di kawasan pasar didapati melarikan diri apabila melihat kehadiran polis sehingga ada yang terjun ke laut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lelaki dikhuatiri lemas semasa larikan diri ketika operasi polis