Rakyat dijemput sertai kaji selidik Undang-undang Anti Lompat Parti
Iklan
SHAH ALAM - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengesyorkan rakyat Malaysia untuk menyertai kaji selidik awam mengenai Undang-undang Anti Lompat Parti.
Beliau berkata, kaji selidik itu bagi mendapatkan pandangan masyarakat umum berkaitan cadangan penggubalan undang-undang tersebut.