Dewan Rakyat lulus peruntukan MAFI dalam Bajet 2022

Iklan
Dewan Rakyat meluluskan peruntukan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sebanyak RM3.2 bilion, pada Khamis.(Gambar hiasan) - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan peruntukan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sebanyak RM3.2 bilion, pada Khamis.

RUU peringkat jawatankuasa itu diluluskan menerusi undian suara selepas mendapati lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, Timbalan Menteri MAFI I, Datuk Seri Ahmad Hamzah menggulung perbahasan mewakili kementeriannya.

Secara keseluruhan seramai 26 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan membabitkan kementerian berkenaan.

Iklan
Iklan