IPCMC mampu perkasa integriti polis
Iklan
Hong Pin (kanan) dan Boon Tsong (kiri).
ISKANDAR PUTERI - Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dilihat mampu memperkasakan integriti dan keupayaan anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata penubuhan suruhanjaya bebas itu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membersihkan nama polis selain memantau tugasan polis terutama dalam kes penyiasatan serta meningkatkan lagi kualiti kerja disiplin.
Iklan
Iklan
"Penubuhan suruhanjaya tersebut akan bertindak sebagai badan pemantau bebas yang akan menilai dan memantau tugas yang dijalankan anggota polis," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di Balai Polis Gelang Patah, di sini, hari ini.
Dzulkhairi turut berkata disiplin yang tinggi merupakan aspek penting dalam kepimpinan badan tersebut dan demi menjamin elemen 'command and control' dipraktikkan dengan berkesan.
Iklan
"Kita berharap anggota kita dapat meningkatkan disiplin dalam melakukan kerja walau cabaran kerja lebih getir tetapi ini bukan alasan malah menjadikan kita lebih bersemangat dalam menjalankan tugas dan amanah," katanya.
Sementara itu, pada sidang media selepas perhimpunan itu, Dzulkhairi turut menasihati ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak mereka ketika musim cuti persekolahan agar tidak terlibat dalam kegiatan seperti basikal lajak yang boleh membahayakan nyawa anak mereka.
Iklan
Meskipun isu basikal lajak makin berkurangan, pihaknya tetap menjalankan 'Ops Didik' di kawasan berhampiran sekolah dalam usaha pihak polis memantau aktiviti berkenaan.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>