Peruntukan RUU Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa bagi KLN diluluskan

Iklan
Dewan Rakyat. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan peruntukan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri (KLN) sebanyak RM760.3 juta.

RUU peringkat jawatankuasa itu diluluskan menerusi undian suara selepas mendapati lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, Timbalan Menterinya, Datuk Kamarudin Jaffar menggulung perbahasan bagi mewakili kementeriannya.

Secara keseluruhan, seramai 15 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan membabitkan kementerian tersebut.

Iklan
Iklan