12 Pati dicekup dalam operasi bersepadu di JB
Iklan
Sebahagian Pati yang ditahan dalam operasi berkenaan.
JOHOR BAHRU - Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi bersepadu yang diadakan di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini, petang semalam.
Operasi yang melibatkan polis dan pelbagai agensi termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) itu diadakan bertujuan untuk membasmi kegiatan jenayah serta gejala gelandangan yang semakin menular.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, sebanyak 35 premis telah diperiksa iaitu melibatkan lapan hotel, dua rumah tumpangan, sebuah tempat pengurup wang berlesen dan 24 premis lain.
Menurutnya, operasi bermula dari jam 2 petang yang mana melibatkan penyertaan seramai 13 pegawai dan 127 anggota dari semua agensi.
Iklan
"Dalam operasi ini, kita telah menahan seramai lapan warga Bangladesh, tiga warga India dan seorang warga Nepal. Kesemua mereka didapati melanggar beberapa kesalahan antaranya tiada permit perjalanan sah.
"Mereka disiasat di bawah Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Iklan
Shahurinain berkata, dalam operasi sama, Bahagian Siasatan Jenayah Johor Bahru Selatan turut menahan seorang warga tempatan kerana memiliki sejumlah dadah.
"Kita telah melakukan pemeriksaan terhadap 77 individu, hasilnya seorang didapati memiliki empat biji dadah jenis ecstasy. Lelaki itu kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Dalam masa sama, pihak MBJB turut membuat rampasan 125 botol minum keras pelbagai jenama yang didapati dijual dengan cara menyalahi undang-undang," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>