6 maut, 11 cedera feri terbalik di Sri Lanka

Iklan
Enam termasuk empat murid sekolah terbunuh manakala 11 lagi cedera selepas feri yang mereka naiki terbalik di Kinniya, timur Sri Lanka pada Selasa pagi. - Foto AP

COLOMBO - Enam termasuk empat murid sekolah terbunuh manakala 11 lagi cedera selepas feri yang mereka naiki terbalik di Kinniya, timur Sri Lanka pada Selasa pagi, kata polis.

Beberapa penyelam tentera laut turut terlibat dalam misi mencari dan menyelamat.

Iklan
Iklan

Saksi kejadian memberitahu Xinhua beberapa sukarelawan tempatan turut membantu tentera laut mencari mangsa yang hilang.

Beberapa murid sekolah turut dilaporkan hilang manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan.

Iklan

Polis berkata, feri itu terbalik akibat muatan berlebihan. - Bernama

Iklan