Lebih 2.5 juta remaja di Malaysia lengkap divaksin

Iklan
Seramai 2,589,925 individu atau 82.3 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat jam 11.59 malam Ahad.Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seramai 2,589,925 individu atau 82.3 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat jam 11.59 malam Ahad.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 2,755,745 individu atau 87.6 peratus daripada populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan
Iklan

Sementara itu, 95.6 peratus atau 22,390,580 individu dewasa telah lengkap vaksinasi, manakala 97.8 peratus atau 22,914,289 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat Ahad.

Sebanyak 36,028 dos vaksin diberikan pada Ahad melibatkan 2,244 dos pertama, 4,325 dos kedua, dan 29,459 dos penggalak.

Iklan

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,938,646. - Bernama

Iklan