ALOR SETAR - Sejumlah 251,012 murid dan pelajar dari 752 sekolah rendah dan menengah di Kedah pada Ahad memulakan hari pertama persekolahan secara bersemuka dengan penggiliran selepas negeri ini beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Pengarah Pendidikan Kedah, Rozaini Ahmad berkata, daripada jumlah itu, seramai 154,214 murid adalah Tahun Satu hingga Enam, manakala 96,798 orang lagi merupakan pelajar sekolah menengah melibatkan kelas peralihan serta Tingkatan Satu hingga Empat.