Kepulangan Presiden Algeria disambut protes

Iklan
Rakyat Algeria menentang hasrat Bouteflika untuk kembali bertanding dalam pilihan raya umum April nanti. - Foto Reuters

ALGIERS - ALGERIA. Pesawat membawa pulang Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika dilapor tiba di Lapangan Terbang Tentera di Boufarik, semalam.

Presiden berusia 82 tahun berkenaan, menghabiskan masa hampir dua minggu menjalani rawatan di sebuah hospital di Geneva sejak 24 Februari lalu.

Iklan
Iklan

Sejak mengalami strok pada 2013, kelibat Bouteflika jarang kelihatan di khalayak umum.

Terdahulu, keputusan Bouteflika untuk bertanding dalam pilihan raya umum April depan disambut protes besar-besaran di seluruh Algeria.

Iklan

Protes tersebut merupakan ancaman paling besar sepanjang pemerintahan 20 tahun Bouteflika.

Janji Bouteflika untuk berundur lebih awal sekiranya dilantik semula tidak mampu memuaskan hati ribuan penunjuk perasaan yang menuntut beliau segera melepaskan jawatan presiden.

Iklan

Sementara itu, ratusan ribu penuntut negara itu membanjiri jalan di Algiers bagi membantah hasrat Presiden Bouteflika untuk cuba meneruskan pemerintahan bagi tempoh lima penggal lagi.

Jumaat lalu, pasukan polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi menghalang kemaraan penunjuk perasaan yang bergerak menuju kediaman rasmi presiden di Zeralda, laporan menyebut 195 orang ditahan oleh pasukan keselamatan.

Dalam pada itu, kebanyakan premis perniagaan di bandar Algiers turut ditutup, manakala perkhidmatan kereta api tergendala. - BBC