200 penoreh terima sumbangan
Iklan
bt
BALING - Seramai 200 penoreh getah dari Kampung Tiak dan Kampung Kuala Kuang menerima sumbangan beras dan gula daripada Muslim Care dan Geng Talaqqi di Pusat Asuhan Tunas Islam ( Pasti) Kampung Tiak, baru-baru ini.
Program itu mendapat kerjasama Pusat Komuniti Al Abrar (Puskab) cawangan Baling.
Iklan
Iklan
Penasihat Geng Talaqqi Mohd Naim Hashim berkata, pihaknya terpanggil menyampaikan sumbangan kali kedua dalam Dun Bayu selepas mendapat penoreh terhimpit dengan kejatuhan harga getah.
Menurutnya, keadaan cuaca tidak menentu juga menghadkan pendapatan penoreh.
Iklan
"Harga getah terlalu murah, RM1.80 hingga RM2 sekilogram tidak setimpal dengan harga barang kering dan basah yang mencecah melebihi RM10 sekilogram.
"Ada yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang terutamanya mereka yang mempunyai bilangan anak ramai dan masih bersekolah serta melanjutkan pengajian di universiti,”katanya.
Iklan
Katanya, setiap penoreh menerima 10 kilogram beras dan dua kilogram gula.
"Saya harap sangat NGO atau pihak kerajaan bantu menaikkan harga getah dan bantu daripada sudut kehidupan penoreh,” katanya.
Katanya, pihaknya menerima maklumat Dun Bayu mempunyai paling ramai penoreh di Baling.
"Hampir 90 peratus daripada 40,000 penduduk dalam Dun Bayu adalah penoreh.
"Setakat hari ini kita telah membantu lebih 500 penoreh termasuk di Sik dalam tempoh musim hujan dan insya-ALLAH kita akan terus membantu sama ada di Dun Bayu atau mana-mana tempat lain,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan pusat dan negeri perlu membuka mata.
"Anda ialah kerajaan untuk lebih banyak membantu kerana tanggungjawab kerajaan lebih besar untuk rakyat.
"Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan terhadap amanah diberikan,” katanya.
Mohd Naim berkata, penoreh getah juga diharap bersabar dengan ujian ALLAH.
"Sebahagian daripada ahli Talaqqi juga anak penoreh. Jadi kita tahu betapa peritnya kehidupan mereka,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>