Kaji SOP pelancong antarabangsa ke Langkawi: MATA

Iklan
Kerajaan diminta mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) pelancongan bagi kemasukan pelancong antarabangsa ke Pulau Langkawi yang bermula Isnin lepas susulan banyak rungutan daripada agensi berkaitan.(Gambar hiasan) - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan diminta mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) pelancongan bagi kemasukan pelancong antarabangsa ke Pulau Langkawi yang bermula Isnin lepas susulan banyak rungutan daripada agensi berkaitan.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun berkata, kelonggaran projek rintis itu tidak dapat direalisasikan kerana ketiadaan penerbangan antarabangsa yang mendarat ke Langkawi dan ia menyusahkan ahli serta agensi pelancongan.

Iklan
Iklan

Selain itu, katanya, kerajaan boleh mencontohi SOP negara luar antaranya United Kingdom yang lebih mesra termasuk meminta pelancong mengisi borang 'Passenger Locator' secara dalam talian sebelum tiba selain menjalankan ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) di lokasi penginapan dua hari selepas ketibaan.

"Kerajaan juga perlu membenarkan pengembara secara persendirian (Free Independent Travelers) bukan hanya secara berkumpulan, kerana menjadi trend masa kini pelancong mengembara persendirian atau bersama keluarga," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis. - Bernama

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:LADA sasar 5,000 pelancong antarabangsa