Fetty Zul meninggal dunia akibat Covid-19

Iklan
Fetty Zul - Foto Seniman

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran, Fetty Dzul meninggal dunia akibat Covid-19 tahap lima di Hospital Selayang sekitar jam 7.30 pagi Khamis.

Fetty atau nama sebenarnya Fatimah Abd Rahim menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 63 tahun selepas lebih dua minggu bertarung melawan virus Covid-19.

Iklan
Iklan

Pemergian dramatis popular era 1970-an dan 1980-an itu dikongsi salah seorang anak Allahyarham kepada pihak media.

Persatuan Seniman Malaysia sebelum ini turut memaklumkan keadaan Allahyarham Fetty yang dilaporkan sedang kritikal dan memerlukan alat bantuan pernafasan ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Iklan
Iklan

Ketika hayatnya, Allahyarham cukup dikenali dengan watak-watak antagonis dan pernah membintangi drama kepolisan terbitan Datuk Yusof Haslam Remang-Remang Kota Raya, Harimau Rimba dan Debu-Debu Kota sekitar tahun 1980-an.