LBS lancar KITA Mesra, GDV RM309 juta

Iklan
Hock San

PEMAJU perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) melancarkan projek rumah mampu milik, KITA Mesra dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM309 juta.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Lim Hock San berkata, KITA Mesra terdiri daripada 646 unit melibatkan tiga jenis hartanah iaitu rumah bandar, rumah dua tingkat dan rumah satu tingkat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, fasa-fasa terdahulu KITA@Cybersouth terbukti menjadi tarikan dengan kadar pengambilan tinggi menjangkau sehingga 90 peratus bagi kesemua unit yang dilancarkan.

"KITA Mesra merupakan projek berkonsepkan mesra jiran yang bakal tampil di perbandaran KITA@Cybersouth bagi memenuhi impian rakyat untuk memiliki rumah, ditawarkan dengan harga mampu milik bagi mereka yang baru membina keluarga.

Iklan

"Kami optimis di sebalik tempoh pandemik yang kini memasuki endemik, permintaan untuk pembelian hartanah akan terus meningkat dan projek ini memberi manfaat kepada pembeli dengan lingkungan harga yang berpatutan di samping nilai untuk pelaburan jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Hock San berkata, KITA Mesra dibina di atas tanah rizab Melayu dengan mengetengahkan konsep terbuka, ruang luar yang luas dan mengambil kira ikatan kekeluargaan serta kemasyarakatan.

Iklan

"Kawasan ini turut dikelilingi dengan kehijauan taman ideal bagi aktiviti luar dan rekreasi bagi mewujudkan suasana kejiranan yang mesra. Dilengkapi dengan pilihan fasiliti antaranya seperti pusat dan dewan komuniti, ruang, trek joging dan basikal, gelanggang serba guna, taman refleksologi dan pod bbq yang sesuai untuk aktiviti rekreasi dan komuniti,” katanya.

Beliau berkata, projek KITA Mesra turut tersenarai di bawah Kempen Vacci-Nation Bonanza yang telah dilanjutkan sehingga hujung tahun, di mana LBS memberi insentif tunai RM671,120 dan insentif tunai tambahan sehingga RM334,500 bagi mereka yang mendaftar dan telah menerima vaksin.

"Pada pusingan pertama cabutan bertuah LBS Fabulous 20-21, hadiah-hadiah bernilai RM445,000 termasuk sebuah Proton X50 telah diberikan kepada pembeli hartanah LBS yang bertuah.

"Bakal pembeli KITA Mesra berpeluang menyertai pusingan kedua cabutan bertuah yang turut menawarkan hadiah lumayan Proton X70, Persona, Iriz dan Exora yang dianggarkan lebih dari RM750,000 untuk dimenangi,” katanya.