Lelaki jolok pen dalam kemaluan kanak-kanak dijel 7 tahun

Iklan
Ming Soon dipenjara tujuh tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan sebatang pen ke dalam kemaluan seorang kanak-kanak pada 11 tahun lalu.

KUANTAN - Mahkamah Sesyen Kuantan di sini pada Selasa menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan terhadap bekas pencuci kereta atas pertuduhan memasukkan sebatang pen ke dalam kemaluan seorang kanak-kanak pada 11 tahun lalu.

Hakim Mohd Kafli Che Ali memerintahkan hukuman itu terhadap Lim Ming Soon, 41, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Iklan
Iklan

Mahkamah mengarahkan Ming Soon menjalani hukuman penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 11 September tahun lalu.

Ming Soon mengaku bersalah dengan sengaja melakukan perhubungan seksual dengan memasukkan sebatang pen ke dalam kemaluan kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun tanpa kerelaannya.

Iklan

Perbuatan itu dilakukan oleh tertuduh di sebuah rumah di Lorong Air Putih di sini pada jam 1 hingga 7 petang, di antara tahun 2011 hingga 2012.

Tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Iklan

Sebelum itu, peguam mewakili tertuduh, Mohamad Hamizey Mat Taib memohon agar mahkamah mengurangkan hukuman terhadap anak guamnya atas alasan tertuduh telah menjimatkan masa pendakwaan dan mahkamah.

Mohamad Hamizey berkata, tertuduh telah memberi kerjasama yang baik terhadap pihak polis sepanjang siasatan dilakukan.

"Anak guam saya meminta mahkamah mengambil kira faktor ini dalam menjatuhkan hukuman," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Nursyuhada Tuan Mamat mahu mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira fakta kes.