29.6 peratus pencarum KWSP punyai simpanan kurang RM50,000
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai 479,000 atau 29.6 peratus daripada 1.62 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 45 hingga 59 tahun mempunyai simpanan tidak melebihi RM50,000 setakat 30 September lepas.
Kementerian Kewangan dalam jawapan yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen memaklumkan, jumlah tersebut menyaksikan perbezaan yang minimum berbanding 484,000 pencarum yang mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 pada akhir tahun 2019.