Covid-19: Kes positif di Sarawak semakin menurun
Iklan
KUCHING - Jumlah kes positif Covid-19 di Sarawak kian menunjukkan penurunan dengan 287 kes baharu direkodkan pada Isnin berbanding sepanjang minggu lepas yang merekodkan lebih 300 kes sehari.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan 11 daripada kes baharu itu mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 276 kes adalah mereka yang bergejala ringan dan tidak bergejala.