Syarikat senjata Israel, tentera UAE jalin kerjasama
Iklan
BAITULMAQDIS - Pembuat peralatan senjata dari Israel, Elbit Systems pada Ahad mengumumkan bahawa pihaknya mengadakan satu kerjasama bagi tempoh jangka panjang dengan Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pengeluar dron dan teknologi pemantauan bersama produk-produk lain itu menganggap kerjasama tersebut dilakukan sebagai hasil daripada termeterainya hubungan diplomatik dengan UAE dan negara-negara dari Liga Arab pada tahun lalu.