Lagi 45 kematian akibat Covid-19

Iklan
KKM melaporkan 45 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. Foto hiasan

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak 45 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad.

Daripada jumlah itu, 12 kes adalah merupakan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Iklan
Iklan

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh GitHub, Kedah merekodkan angka kematian tertinggi iaitu lapan kes, diikuti Pulau Pinang (tujuh) Selangor (tujuh), Perak (empat) dan Sarawak (empat), Kelantan (tiga), Sabah (tiga), Terengganu (tiga), Melaka (dua), Kuala Lumpur (dua),Johor (satu), Negeri Sembilan (satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Iklan
Iklan

Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 29,676 kes.