Covid-19: 11 kluster masih aktif di Sarawak

Iklan
299 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad.- Foto fail Bernama

KUCHING - Jumlah kluster jangkitan Covid-19 di Sarawak berkurangan kepada 11 apabila dua kluster diisytihar tamat pada Ahad menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, Kluster Tembok Limbang di Limbang dan Kluster Jalan Matang di Kuching diisytihar tamat selepas 28 hari tiada kes baharu melibatkan kluster tersebut.

Iklan
Iklan

Sementara itu, 299 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan tujuh kes mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 292 kes adalah mereka yang tidak bergejala serta bergejala ringan.

Enam kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan di negeri itu dari 10 November hingga semalam.

Iklan

Kes kematian itu turut melibatkan mereka yang mempunyai latar belakang penyakit seperti penyakit buah pinggang kronik, hipertensi dan diabetes. -Bernama

Iklan