Lima rumah teres di Mantin hangus

Iklan
Vijaya (tengah) bersama dua anaknya ketika meninjau sekitar rumahnya selepas kejadian.

SEREMBAN - Empat individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki terselamat namun tujuh haiwan peliharaan mati selepas kediaman mereka terbakar dalam kejadian di Rumah Rakyat Mantin, pada Ahad.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu membabitkan lima kediaman, empat daripadanya hangus dan sebuah lagi terbakar sekitar 20 peratus.

Iklan
Iklan

Seorang mangsa, N Vijaya, 52 berkata, ketika kejadian dia bersama dua anak lelakinya yang berusia 28 dan sembilan tahun sedang berehat di ruang tamu sebelum terhidu bau asap.

"Saya segera keluar dan terlihat kepulan asap tebal dari api yang sudah marak.

Iklan

Tanpa lengah saya beritahu dua anak lelaki saya dan kemudian menjerit meminta bantuan.

"Kesemua barangan rumah hangus, namun saya bersyukur menjumpai semula beg berisi dokumen penting ketika meninjau dalam rumah," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian pada Ahad.

Iklan

Seorang lagi mangsa, J Viruththeesaran, 20 berkata, dia tersedar daripada tidur selepas terhidu bau asap dan segera menyelamatkan diri.

"Ketika itu hanya saya seorang berada dalam rumah kerana ibu dan ayah keluar ke Seremban.

Seekor anjing dan enam ekor kucing peliharaan saya tidak sempat diselamatkan," katanya.

Keadaan kediaman yang musnah akibat kebakaran di Rumah Rakyat Mantin pada Ahad.

Sementara itu, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Priscilla Carol Thomas, sebanyak lima buah rumah teres musnah dalam kebakaran di rumah rakyat Mantin, pada pagi Ahad.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada 11.44 pagi sebelum 13 anggota BBP Mantin dengan bantuan BBP Nilai dikerahkan ke lokasi.

"Empat buah rumah musnah 100 peratus manakala sebuah hanya melibatkan kemusnahan 20 peratus yang mana setiap rumah berkeluasan 18x20 kaki persegi.

Bagaimanapun kebakaran itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Semasa kejadian tiada orang dilaporkan cedera manakala dua keluarga yang tinggal di dua rumah berkenaan sempat melarikan diri dari rumah itu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya pada 12.49 tengah hari, punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan.