Ikan Empurau Sarawak

Iklan
Ikan empurau atau nama saintifiknya Tor tambroides merupakan satu spesis ikan termahal di Malaysia dengan harganya boleh mencecah RM800 hingga RM1,000 sekilogram.

Ikan eksotik ini mahal disebabkan ia hanya memakan buah-buahan yang tumbuh di tebing sungai seperti engkabang, iaitu makanan ruji ikan ini yang mampu memberikan rasa berlemak pada isi ikan dan mempunyai aroma harum yang tersendiri apabila dimasak.

Habitat ikan empurau liar yang turut digelar emas Borneo, hidup dalam sungai yang bersih, sejuk, jernih serta mengalir deras dengan dasar sungai yang berbatu menyebabkan ikan ini akan berhijrah jika habitatnya dicemari. - Foto Bernama