PRN Sarawak: PKR setuju tangguh jika kesihatan rakyat membimbangkan
Iklan
Anwar berucap pada sesi Townhall Uni 18-Landskap Persepsi dan Impak Belia dan Masyarakat Terhadap Demokrasi di Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah hari ini. 
- Foto Bernama
SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju jika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ditangguhkan, sekiranya keadaan kesihatan dan keselamatan rakyat membimbangkan susulan penularan Covid-19.
"(Penangguhan PRN Sarawak) perlu ada perbincangan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan. Kalau kesihatan membimbangkan, saya bersetuju. Jadi kita nak lihat data dan sainsnya,” katanya pada sidang akhbar Townhall Undi 18 Wacana Pemacuan Undi 18 Negeri Selangor, di sini pada Sabtu.
Iklan
Iklan
Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan pemberita berhubung tindakan PKR Sarawak pada Jumaat, yang dikatakan telah menghantar rayuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan PRN negeri itu.
Pada Jumaat, sebuah media melaporkan PKR Sarawak telah menghantar rayuan kepada SPR untuk menangguhkan PRN negeri itu ke tahun hadapan, susulan peningkatan kes positif bahuru dan kematian akibat penularan Covid-19 di dalam negara. - Bernama
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>