KUALA LUMPUR - Pengendali pelancongan berlesen atau mana-mana syarikat pengendali umrah tidak dibenar mengiklankan tawaran pakej tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan bermula 1 Februari tahun depan.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, penguatkuasaan itu berdasarkan Peraturan 6(1A) (a), Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], sebagai langkah mengenal pasti iklan haram pakej umrah.