AirAsia tawar 5 juta tempat duduk harga promosi
Iklan
SYARIKAT penerbangan tambang rendah AirAsia kini menawarkan sejumlah lima juta tempat duduk pada harga promosi yang disertakan pelbagai diskaun hotel serta produk bebas cukai.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu menyatakan tambang promosi ahli yang ditawarkan pada harga serendah RM12 adalah bagi penerbangan sehala Kuala Lumpur ke Kuantan, Johor Bahru, Kota Bharu dan Pulau Pinang serta serendah RM36 bagi penerbangan termasuk ke Can Tho, Padang, Hua Hin, Siem Reap, Banda Aceh.