Zii Jia nombor tujuh terbaik dunia

Iklan
Lee Zii Jia. - Foto Badminton Photo

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melonjak satu anak tangga kepada kedudukan ketujuh dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas mengumpul 76,100 mata daripada 31 kejohanan disertainya.

Persatuan Badminton Malaysia dalam hantaran di laman Facebook hari ini turut memaklumkan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu juga berada dalam kedudukan teratas Ranking Jelajah Dunia dengan 33,960 mata.

Iklan
Iklan

Pemain Jepun, Kento Momota kekal selaku pemain nombor satu dunia, diikuti Viktor Axelsen dari Denmark unggul di ranking kedua manakala pemain Indonesia, Jonatan Christie turun satu tangga kepada ranking kelapan.

Selain itu, gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula kekal di kedudukan kelapan dunia dengan 74,521 mata selepas bertanding dalam 34 kejohanan di bawah kategori beregu lelaki.

Iklan
Iklan

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah kekal di kedudukan ke-18 dengan 50.452 mata selepas 22 kejohanan. - Bernama