KKMM lancar rangkaian 5G pertama esok
Iklan
Annuar. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melancarkan rangkaian 5G Malaysia yang pertama esok, sebagai usaha menyediakan kemudahan internet yang lebih pantas kepada rakyat.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelancaran 5G itu adalah untuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya pada tahun pertama, sebelum secara berperingkat-peringkat diperluaskan sehingga mencapai 36 peratus liputan di seluruh negara.
Iklan
Iklan
"Pada tahun hadapan, pelancaran 5G akan ditumpukan pula pada negeri padat penduduk termasuk Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya kepada media selepas majlis penyampaian bantuan Deepavali Rumah Prihatin kepada kira-kira 200 buah keluarga di Rumah Prihatin @ Grand Seasons, di sini pada Selasa.
Pada majlis itu, Annuar turut menyaksikan penyerahan 2,000 kotak makanan yang disumbangkan syarikat Shopee Malaysia kepada Rumah Prihatin, bagi membantu golongan yang memerlukan dan terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.
Iklan
Annuar berkata, perkhidmatan 5G adalah pencetus perubahan untuk ekonomi masa hadapan, kerana ia membolehkan peluang pekerjaan diwujudkan dalam pelbagai kegiatan berteknologi tinggi.
Tambahan, di bawah Pelan Jalinan Digital Negara atau Jendela yang sedang berjalan, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bakal diwujudkan untuk memastikan rakyat mempunyai platform mengikuti perkembangan teknologi digital yang terbaharu, atau menjalankan perniagaan secara e-dagang.
Iklan
"Semua ini mesti dimanfaatkan oleh rakyat. Sebab itu KKMM melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), akan membuka PEDi di Rumah Prihatin di sini bagi melatih penduduk ibu kota menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi digital.
"Ini bersesuaian dengan hasrat kita menggalakkan mereka memulakan semula aktiviti ekonomi atau program-program penjanaan pendapatan, selari dengan peralihan negara menuju ke arah endemik,” katanya. -Bernama
BERITA SEMASA 28 MEI 2024
Pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi diminta segera mengemukakan permohonan untuk mendapatkan 'fleet card' bagi membolehkan terus menikmati subsidi bahan bakar itu, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, hanya mereka yang memiliki 'fleet card' akan dapat menikmati harga diesel bersubsidi selepas kerajaan melaksanakan dasar subsidi bersasar nanti.
Permohonan itu boleh dikemukakan secara dalam talian melalui pautan MySubsidi Diesel dan akan diselaraskan KPDN.
Fuziah berkata, terdapat 23 jenis kenderaan barangan yang layak menerima subsidi diesel melalui Sistem Kawalan Subsidi Diesel (SKSD) 2.0.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667149/berita/nasional/mohon-segera-fleet-card-sebelum-subsidi-diesel-ditarik---fuziah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com