Ekonomi dijangka pulih apabila rentas sempadan dibenarkan sepenuhnya
Iklan
Mustapa Mohamed
KEADAAN ekonomi negara dijangka pulih apabila aktiviti rentas sempadan dibenarkan secara sepenuhnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Menurutnya, ini berikutan pembukaan sempadan tersebut berupaya merancakkan semula sektor pelancongan dan pelaburan yang terjejas sejak Covid-19 melanda negara.
Iklan
Iklan
"Malaysia banyak bergantung kepada (faktor) luar seperti pelancong luar, eksport serta pelaburan. Oleh itu, bagi membolehkan keadaan pulih semula adalah apabila rentas sempadan dibenarkan,” katanya dalam wawancara ‘Cabaran Ekonomi Semasa’ yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Garasi TV, pada malam Isnin.
Setakat kini, pelancong antarabangsa hanya dibenarkan melancong ke Pulau Langkawi menerusi projek rintis Gelembung Pelancongan Antarabangsa.
Iklan
Mustapa berkata sektor pelancongan mengalami kejatuhan ketara apabila Malaysia terpaksa bertindak menutup pintu sempadan bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.
"Pada 2019, Malaysia menerima kemasukan 26 juta pelancong luar negara namun tahun ini (angka itu) hanya beberapa ratus ribu sahaja,” katanya sambil menyifatkan sektor penerbangan dan perhotelan dijangka pulih sepenuhnya pada 2024.
Iklan
Selain itu, beliau berkata terdapat petunjuk jelas pemulihan ekonomi negara sejak kebelakangan ini dengan eksport mencatat pertumbuhan yang positif.
Menurutnya, ini berdasarkan angka daripada Jabatan Perangkaan yang menunjukkan prestasi dagangan Malaysia bagi September 2021 meningkat sebanyak 25.5 peratus kepada RM195.5 bilion susulan pertumbuhan dua angka eksport dan import yang kukuh.
Eksport telah meningkat ke paras tertinggi kepada RM110.8 bilion iaitu pertumbuhan sebanyak 24.7 peratus berbanding tahun sebelumnya disokong oleh eksport domestik dan eksport semula, kata beliau. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>