Zii Jia belum pasti sertai Indonesia Masters
Iklan
Lee Zii Jia - Foto BAM
KUALA LUMPUR - Kelibat jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia pada kejohanan badminton Indonesia Masters masih menjadi tanda tanya berikutan kecederaan belakang badan dialami pada perlawanan akhir Terbuka Hylo 2021 di Jerman, awal pagi tadi.
Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan berkata, pasukan masih memantau keadaan semasa juara All England 2021 itu dan keputusan sama ada beliau mengambil bahagian atau tidak akan ditentukan selepas menilai tahap kecergasan pemain itu hingga saat akhir.
Iklan
Iklan
"Zii Jia sudah mencuba sebaik mungkin, tiada perbincangan tentang taktik dan strategi kerana Zii Jia juga penat secara mental. Ia adalah satu pengalaman baharu baginya, bagaimana dia boleh meneruskan dan menguruskan kepenatan.
"Mengenai kecederaan belakangnya, dia ada beberapa hari untuk berehat. Kami akan mengambil keputusan pada saat akhir dan jika dia belum pulih sepenuhnya, mungkin dia tidak menyertai kejohanan pertama, Indonesia Masters,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Iklan
Zii Jia yang juga pilihan kedua Terbuka Hylo terpaksa menarik diri akibat kecederaan dialami pada set penentuan sekali gus menyaksikan pemain bukan pilihan dari Singapura Loh Kean Yew menjuarai kejohanan berlangsung di arena Saarlandhalle di Saarbrucken.
Indonesia Masters pada 16 hingga 21 November adalah kejohanan pertama daripada keseluruhan tiga kejohanan secara berturut-turut di Indonesia dalam kalendar Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Iklan
Indonesia Masters akan diikuti dengan Terbuka Indonesia pada 23-28 Nov dan Jelajah Dunia Akhir dari 1 hingga 5 Disember. Ketiga-tiga kejohanan di Indonesia itu dijadual diadakan di Bali.
Selepas tiga siri kejohanan itu, tumpuan peminat badminton dunia terarah kepada Kejohanan Dunia 2021 berlangsung di Huelva, Sepanyol dari 12 hingga 19 Disember. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>