Mahfuz menang saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah
Iklan
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memerintahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayar ganti rugi RM50,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung kenyataan fitnah melalui hantaran Facebook dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Arief Emran Arifin membuat perintah itu selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan Mahfuz selaku plaintif terhadap Muhammad Sanusi sebagai defendan.