PRN Sarawak: Perbincangan kerjasama PH-PSB tergendala
Iklan
Pakatan Harapan
MIRI - Perbincangan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 tergendala susulan permintaan agihan kerusi yang bertindih, kata Pemangku Pengerusi PKR Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh pada Isnin.
Berikutan itu beliau berkata, parti komponen PH yang terdiri daripada parti DAP, Amanah dan PKR setakat ini tidak akan bekerjasama dengan parti pembangkang lain yang terdapat di Sarawak pada PRN nanti.
Iklan
Iklan
"Setakat ini (perbincangan kerjasama dengan PSB) tidak mencapai kata sepakat, tetapi kita tidak tahu pada masa akan datang apa akan terjadi kerana masih ada masa,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Sebelum ini, Ahli Majlis Presiden PSB yang juga bekas ADUN daripada PKR, Baru Bian mengajak DAP untuk bekerjasama dalam PRN Sarawak atas satu objektif utama iaitu membawa perubahan untuk rakyat Sarawak dengan menjatuhkan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Iklan
Bagaimanapun Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dilaporkan mendakwa PSB sebagai parti yang ‘mencurigakan’ ekoran ‘persamaan’ yang dimiliki parti itu dengan GPS.
Abang Zulkifli seterusnya mengesahkan PKR Sarawak akan meletakkan calon di 49 daripada 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada PRN nanti.
Iklan
"Pembahagian kerusi antara PKR, DAP dan Amanah berjalan lancar. Baki 33 kerusi lagi akan diisi oleh dua parti itu,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>