'Pelantikan Nor Azman, Idris belakangkan prinsip akta lompat parti'
Iklan
Kenyataan media Mahasiswa Amanah Negara pada Ahad.
SHAH ALAM - Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pakatan Harapan (PH) perlu membuat penerangan segera berhubung pelantikan Datuk Nor Azman Hassan dan Datuk Seri Utama Idris Haron sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Mahasiswa Amanah Nasional dalam kenyataan memaklumkan, pendirian PH untuk menamakan dua calon yang melompat adalah satu langkah membelakangi prinsip asas yang memperjuangkan akta lompat parti.
Iklan
Iklan
"Perjuangan yang panjang ini tidak boleh dicemari dan ditutup atas nama strategi politik.
"Mahasiswa Amanah Nasional mendesak kepada pimpinan Parti Amanah Negara dan PH segera membuat penerangan berhubung rasional di sebalik keputusan menerima dua katak ini,” kata kenyataan tersebut pada Ahad.
Iklan
Pada Sabtu, PH sah mencalonkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sebagai calon gabungan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Idris akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan manakala Nor Azman di Pantai Kundor.
Iklan
Dalam pada itu, Mahasiswa Amanah Nasional merasa terkilan dengan keputusan dan pendirian Parti Amanah Negara dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menamakan dua calon tersebut sebagai calon PRN dengan menggunakan bendera PH.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>