Rusuhan kuil: 58 individu telah ditahan

Iklan
Muhyiddin (tengah) datang melawat Kuil Sri Maha Mariamman bagi mengetahui perkembangan situasi di kawasan tersebut.

SUBANG JAYA - Seramai 58 individu telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, di sini, sejak Isnin lalu.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua mereka membabitkan Melayu (38 orang), India (18 orang) dan Cina (2 orang) ini sedang disiasat.

Iklan
Iklan
"Polis sedang giat mengesan beberapa individu lagi yang telah dikenal pasti.

"Keadaan kini bertambah baik dengan kawalan 24 jam oleh pihak polis," katanya kepada pemberita selepas melawat situasi terkini di Kuil Sri Maha Mariamman, di sini, tadi.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Mengulas berkenaan perkembangan terbaru terhadap insiden yang menimpa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 yang parah diserang perusuh, beliau berkata, seorang individu telah tampil kepada polis untuk bantu siasatan.

Iklan

"Namun, masih belum ada perkembangan terperinci," katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin mengesahkan lebih 5,000 laporan polis diterima dari seluruh negara berhubung insiden rusuhan kuil dan kesemuanya telah diambil perhatian oleh polis.

Iklan

[ ARTIKEL BERKAITAN: Menteri kecam tindakan perusuh ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad Adib ditarik dari jentera ketika pasukan berundur ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: PDRM tubuh pasukan khas ]

Kejadian rusuhan yangn berlaku di perkarangan kuil pada 2.30 pagi Isnin lalu serta kawasan pusat beli-belah One City pada hari berikutnya turut menyaksikan Muhammad Adib cedera parah.

Beliau kini telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara.