IPOH - Pemberian vaksin Covid-19 melebihi 85 peratus kepada penduduk dewasa di Perak antara faktor membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sambutan yang baik untuk vaksinasi dalam kalangan remaja turut menyumbang kepada peralihan fasa berdasarkan penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).