AS jual 280 peluru berpandu kepada Arab Saudi

Iklan
Gambar fail menunjukkan sebuah peluru berpandu AIM-120 di sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Alaska. - Foto U.S. DoD

WASHINGTON - Jabatan Negara Amerika Syraikat (AS) meluluskan penjualan sebanyak 280 peluru berpandu dari udara ke udara bernilai AS$650 juta (RM2.7 bilion) kepada Arab Saudi bagi membantu negara tersebut daripada serangan dron dari Yaman.

Kelulusan tersebut menyebabkan negara beraja itu dibenarkan untuk membeli peluru berpandu jarak sederhana iaitu AIM-120C dan peralatan yang berkaitan, kata jabatan berkenaan.

Iklan
Iklan

Seorang jurucakap Jabatan Negara AS berkata, Riyadh sudah mampu untuk menggunakan peluru berpandu tersebut bagi memintas pesawat tanpa juruterbang atau dron yang mengancam negara berkenaan dan tentera 'Uncle Sam' di Arab Saudi terutama dari Yaman.

Jabatan Negara AS itu mendapati Arab Saudi diserang dari Yaman sebelum ini.

Iklan

Negara beraja itu mengetuai satu perikatan tentera pelbagai negara bagi menentang pergerakan Houthi yang mendapat sokongan Iran dalam Perang Yaman.

AS mendakwa Iran membekalkan dron dan teknologi pesawat tanpa juruterbang itu kepada pergerakan Houthi. - Agensi

Iklan